Showing posts with label Refleksi Diri. Show all posts
Showing posts with label Refleksi Diri. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Berdoa Di Mana-Mana Sentiasa oleh Akmal Ghani - iluvislam

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 186)

Allah Sentiasa Ada dan Sentiasa Maha Mendengar

Mintalah, tidak semestinya dengan berbahasa arab. Mintalah dengan doa yang kita fahami maksudnya agar ia lebih datang dari hati sendiri. Gunakanlah doa-doa dari Al-Quran, doa-doa yang digunakan oleh Para Nabi Allah Swt. Mintalah apa sahaja dengan hati yang ikhlas, tenang, rendah diri, dan berbaik sangka kepada Allah Swt. Sentiasalah berdoa kepada Allah Swt dalam seharian, tidak kira untuk apa dan di mana. Hati itu hidup seandainya ada ikatan akidah yang kuat kepada Allah Swt. Itulah seteguh-teguh ikatan dan komunikasi.

Berdoa merupakan suatu ibadah, kerana dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan manusia kepada Allah. Dengan berdoa kepada Allah, maka terwujudlah: Allah, tempat meminta, tempat memohon, sedang si hamba adalah makhluk yang hina dan selalu dalam kekurangan. Berdoa sangatlah dianjurkan (diperintahkan) oleh agama, walaupun doa tidak memerlukan suatu syarat dan rukun yang ketat, seperti halnya ibadah solat, zakat, dan puasa.


Photo by:Akmal Ghani

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
 
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 186)

وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
 
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina"
 
(Surah Al-Mukmin/Ghafir 40: Ayat ke 60)

Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?

Suatu ketika dahulu saya sering putus asa di dalam berdoa. Kekadang terasa sangat penat dan bosan berdoa kerana sangat penat menunggu apa yang diinginkan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sejak mengenal Allah SWT sehinggalah beberapa tahun yang lepas, saya sering memikirkan mengapa perlunya saya berdoa sedangkan Allah SWT mengetahui segala apa yang saya inginkan.

Mengapa Perlu Berdoa?

Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.

Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar. Namun persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?

Doa memerlukan KESEDARAN.

Apabila kita berdoa tanpa memiliki KESEDARAN yang kita ini lemah di sisi Allah SWT, kita tetap ego dan berasa hebat di sisi Allah SWT. Kita memohon tetapi permohonan kita tidak diserahkan kepada Allah SWT. Segala keinginan yang kita inginkan adalah sepenuhnya mengikut kehendak kita seluruhnya dan kita tidak dapat menerima kehendak Allah SWT. Lalu di dalam tidak sedar kita menganggap Allah SWT hanyalah sebagai Tuhan melakukan kerja untuk menunaikan segala kehendak kita.

Saudara, Apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada Allah SWT. Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan.

Orang yang beriman sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia bukan hak kita. Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala permintaan kita.

Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk diri kita. Bagaimana untuk yakin? Kita perlu mencapai kesedaran. Apabila kita berada di dalam KESEDARAN, pasti kita sangat yakin, Saudara, Memiliki kesedaran ini perlu dilatih. Ia tidak mampu dimiliki secara terus tetapi mampu dimiliki seawal latihan. Ia akan terus meningkat tanpa henti dan penghujung. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun.

Latihan-latihan kesedaran:

1. Berlatih Berada Dalam Keadaan ‘Living at the present’

2. Menatap Wajah Kejujuran

3. Pulang Dengan Kejiwaan

4. Sentiasa Sedar Di dalam Membuat Pilihan

5. Sentiasa Berterima Kasih Pada Allah

6. Menundukkan Ego

7. Kembali Kepada Allah SWT

8. Berserah Kepada Allah SWT 100% dan banyak lagi.

Saudara boleh mencari pelbagai latihan menerusi artikel-artikel di dalam laman web ini. Semua artikel dalam laman web ini menyarankan agar saudara melakukan komunikasi dengan Allah SWT iaitu menukarkan seluruh mind-chat saudara kepada bercerita kepada Allah SWT. Semoga kesedaran kita akan hal Allah SWT (sifat dan perbuatan Allah SWT) sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan menjadikan kita benar-benar merasai kehidupan hidup berTuhan yang dikehendaki Allah SWT yang mana akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat seperti yang telah Allah SWT janjikan.

Sumber Text: Fuad Latif | Jiwa Positif Hidup Bertuhan | Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah Swt Di dalam Kehidupan

Foto Oleh: Muhammad Akmal bin Abdul Ghani | Second Year Bachelor of Laws, University of Adelaide

Lensa Hati

Lensa Hati adalah ruangan perkongsian foto oleh fotografer-fotografer serata dunia dari pelbagai jenis bidang fotografi. Foto atau gambar menceritakan 1001 macam kisah, tetapi Lensa Hati akan menekankan aspek kerohanian hati dari foto, yakni perkaitan dari foto kepada al-Quran mahupun Hadith Rasulullah SAW. dan apa jua perkara kebaikan darinya. Moga apabila kita melihat di alam realiti seperti foto yang dikongsikan di sini, lalu terbitlah ayat al-Quran atau Hadith dari benak hati kita.


Thursday, March 31, 2011

Alam dan Syukur oleh Zulhafidz - iluvislam





Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri. (As-Sajdah 32:15)

Syukur Nikmat Allah

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu". (Bukhari)

Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyak nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari. Oleh itu jangan kita merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya.

Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan. Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya.

Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah berfirman yang maksudnya: "Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. 

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah : Ayat 216)

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

"Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."(An-Nur 24:  Ayat ke 41) 



Wednesday, March 30, 2011

Kenapa Aku Masih Solo oleh Afdhal - iluvislam

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu   Maha Mendengar.
 

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. 

Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
 

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
 

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
 
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
 
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
 
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
 
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
 
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
 
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
 
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.


Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
 
Demikian juga perkahwinan.
 
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
 
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
 
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
 
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
 
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
 
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
 
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
 
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
 
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
 
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
 
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
 
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
 
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
 
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
 
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
 
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
 
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
 
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
 
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Saturday, March 26, 2011

Menyingkap 1001 Hikmah Solat Subuh by LayarMinda

 



“Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya” Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau jelek, maka jeleklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang mukmin mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat waktu?

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya (berjamaah di masjid) sekalipun dengan merangkak” [HR Al-Bukhari dan Muslim]

Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya; hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standar keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, karena waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)
Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah saw telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib, rata-rata penyebab utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah tidur.

“Setan melilit leher seorang di antara kalian dengan tiga lilitan ketika ia tidur. Dengan setiap lilitan setan membisikkan, ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila ia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila ia berwudhu, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila ia solat, lepaslah lilitan yang ketiga, sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, ia akan terbawa lamban dan malas”.

“Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (waktu Isya’ dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat” [HR. Abu Dawud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjamaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana saja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk surga, Insya Allah.

“Solat berjamaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu yang sendirian, berbanding dua puluh tujuh kali lipat. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh”. “Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka bertanya kepada mereka - padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka - ‘Bagaimana hamba-2Ku ketika kalian tinggalkan ?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga’. ” [HR Al-Bukhari]

Sedangkan bagi wanita - walau solat di masjid diperbolehkan - solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya, yaitu yang mengerjakan solat Subuh pada saat para pria sedang solat di masjid. Ujian yang membedakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu.

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh maka ia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Ia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka” [HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Banyak permasalahan, yang bila diurut, bersumber dari pelaksanaan solat Subuh yang disepelekan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum pendurhaka terjadi di waktu Subuh, yang menandai berakhirnya dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. “Sesungguhnya saat jatuhnya adzab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?” (QS Huud:81)

Rutinitas harian dimulainya tergantung pada pelaksanaan solat Subuh. Seluruh urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang harus mengikuti urusan dunia.

“Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (QS Muhammad : 7)

“Sungguh Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa” (QS Al-Hajj:40)


TIPS MENJAGA SOLAT SUBUH :
  1. Ikhlaskan niat karena Allah, dan berikanlah hak-hak-Nya
  2. Bertekad dan introspeksilah diri Anda setiap hari
  3. Bertaubat dari dosa-dosa dan berniatlah untuk tidak mengulangi kembali
  4. Perbanyaklah membaca doa agar Allah memberi kesempatan untuk solat Subuh
  5. Carilah kawan yang baik (shalih)
  6. Latihlah untuk tidur dengan cara yang diajarkan Rasulullah saw (tidur awal; berwudhu sebelum tidur; miring ke kanan; berdoa)
  7. Mengurangi makan sebelum tidur serta jauhilah teh dan kopi pada malam hari
  8. Ingat keutamaan dan hikmah Subuh; tulis dan gantunglah di atas dinding
  9. Bantulah dengan 3 buahalatl pengingat(jam alarm; telpon; bel pintu)
  10. Ajaklah orang lain untuk solat Subuh dan mulailah dari keluarga
Jika Anda telah bersiap meninggalkan solat Subuh, hati-hatilah bila Anda berada dalam golongan orang-orang yang tidak disukai Allah untuk pergi solat. Anda akan ditimpa kemalasan, turun keimanan, lemah dan terus berdiam diri.
Disarikan dari :
Buku “MISTERI SOLAT SUBUH”
Menyingkap 1001 Hikmah Solat Subuh Bagi Para Pribadi dan Masyarakat
Pengarang : DR. Raghib As-Sirjani
Penerbit : Aqwam



Monday, March 14, 2011

Innalillahiwainnailaihirojiun... by An Nissa

Ajal tidak menunggu walaupun sedetik,
Ajal datang tanpa diundang,
Ajal tidak memberi isyarat walaupun harinya telah tiba,
Ajal akan terjadi tidak kira masa,
Ajal itu satu kepastian bagi setiap manusia,
Ajal satu pemberian daripada ALLAH,
Ajal tidak dapat dielak setiap manusia,
Ingatlah AJAL MAUT itu ditangan ALLAH. 

Cuba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini  dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama  sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang  memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.

Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati. Allah SWT telah menjelaskan dalam Al-Quran tentang prilaku manusia  pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katanlah:  “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka  sesungguhnya  kematian itu akan menemui kamu,  kemudian kamu akan  dikembalikan  kepada  (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Kebanyakan orang menghindari untuk berfikir tentang kematian. Dalam  kehidupan moden ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang (dengan kematian) mereka berfikir tentang di mana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan  bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan besok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan    malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering  kita fikirkan. Kehidupan diertikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak  menyenangkannya  ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahawa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Tiap-tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya!

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam  hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia  ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini, anda  dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara,  tertawa, semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan  bagaimana  keadaan  dan  bentuk  tubuh anda setelah anda mati  nanti.

Dimulai saat anda menghembuskan nafas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada  apa-apanya lagi selain “selonggok daging”. Tubuh anda yang diam  dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan  dimandikan  untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan,  jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang.  Beberapa tahun kemudian, tidak seorang  pun yang datang mengunjungi.

Sementara itu, keluarga anda akan mengalami kehidupan yang berbeza yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan  kosong. Setelah pemakaman, sebahagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah seperti baju, kasut, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Barang-barang anda  di pejabat akan dibuang atau dibersihkan. Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan kepergian anda. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima bulan kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih  mengenang  anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.

Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setelah anda dimakamkan, maka bakteria-bakteria dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut. Hal tersebut terjadi kerana ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah  perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung kerana tekanan gas yang terjadi di sekitar diafram. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bahagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan  terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi rangka.

Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosial atau memiliki pekerjaan yang terhormat, semuanya tidak akan mungkin terjadi lagi.

Singkatnya, “longgokkan daging dan tulang” yang tadinya dapat dikenali,  mengalami akhir yang menjijikkan. Di lain pihak, anda atau lebih tepatnya, jiwa anda akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda  berakhir. Sedangkan sisa dari anda,tubuh anda akan menjadi bahagian dari tanah.

Ya, tetapi apa alasan semua hal ini terjadi?



Seandainya  Allah SWT ingin, tubuh ini dapat saja tidak membusuk seperti kejadian di atas.  Tetapi  hal ini justru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting


Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia, seharusnya  menyedarkan dirinya bahawa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus  menyedari bahawa ia memiliki suatu di luar tubuhnya. Selain itu, manusia harus faham akan kematian tubuhnya yang ia cuba untuk miliki seakan-akan  ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini. Tubuh yang  dianggapnya  sangat  penting  ini,  akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi.

Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan sesuatu yang ia hindari pertemuannya. Kecenderungan seperti ini nampak jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya pemakaman atau kematian tiba-tiba keluarga  dekat sajalah yang dapat mengingatkannya akan kematian. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Kesimpulan yang menyatakan bahawa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau kerana kecelakaan merupakan orang lain dan apa yang mereka yang mati alami tidak akan  menimpa  diri mereka! Semua orang berfikiran, belum saatnya mati dan mereka selalu berfikir selalu masih ada hari esok untuk hidup.

Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk ke pejabatnya juga berfikiran serupa. Tidak pernah terfikirkan oleh mereka bahawa esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda menyelesaikan membacanya atau bahkan menghibur kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasa bahawa saat ini belum waktunya mati kerana masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya.

Katakanlah:  “Lari  itu  sekali-kali  tidaklah berguna bagimu, jika kamu   melarikan  diri  dari  kematian  dan jika (kamu terhindar dari kematian)  kamu  tidak  juga  akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahawa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kubur. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain  kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini  seorang  diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.


Wasallam. Jazakallah khairan.