Wednesday, February 9, 2011

KEPENTINGAN SOLAT DLM MEMBENTUK PERIBADI MUSLIM by Laa Tahzan

Untuk ubah sebuah negara, maka yg perlu berubah adalah diri kita dulu.

1. adakah solat kita dapat mencegah fasak & mungkar diri kita sendiri.

2.adakah kita dapat bawa sifat2 dlm solat kita di luar waktu solat. cth:-

a). dlm solat kita rendahkan pandangan, adakah di luar solat kita rendahkan pandangan?

b). dlm solat kita menjaga telinga kita, adakah di luar solat kita menjaga telinga kita dr mendengar caci maki, kutuk mengutuk dsb.

c). dlm solat kita menjaga mata kita, adakah di luar solat kita menjaga mata kita, lihat 'aib' org dsb.

d). dlm solat kita memakai pakaian menutup aurat, adakah di luar solat pakaian kita serupa? kekadang dlm solat pun kita tak pakai kopiah, di luar jgn harap ler kan.

e). dlm solat kita menjaga mulut kita, kalau tercakap perkataan 'lain' batallah solat kita. semuanya memuji  Allah. adakah kita bawa percakapan kita dlm solat di luar solat? berapa byk kita puji Allah d luar waktu  solat? kita nilai balik kita byk puji Allah atau byk puji makhluk?

selagi kita semua tak betulkan AMALAN kita, bagaimana Allah Swt nak beri kemenangan pada org Islam. Bila amalan tak betul, maka doa kita tak d terima. Bila doa tak diterima, maka bantuan Allah Swt takkan tiba.

Allah Azzawajalla berfirman:-

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. 
(Al-Baqarah:42)

"Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk."
(Al-An'aam:82)

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? 
(Al-Baqarah:44)


sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal solat, yang bermaksud:

“Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”

sekiranya kita masih belum mampu utk dapat hakikat solat dlm diri kita hingga kita dapat bawa sifat2 solat dlm kehidupan kita MAKA segala :-
1). Ibadat (puasa,zakat,haji,sedekah dll)
2). Muasyarat
3). Muamalat
4). Akhlak
kita jadi tak betul dan tak bertepatan dgn kehendak Allah Swt. Maka segala perjuangan kita juga tak diterima oleh Allah Swt. Bila semua kita buat tak di terima oleh Allah Swt, maka penat jer kita buat. Umpama pergi kerja setiap hari, tapi hujung bulan tak dapat gaji.

bila solat kita jaga dan dapat bawa sifat2 dlm solat ke dalam kehidupan kita, maka segala Ibadah, Muasyarat, Muamalat dan Akhlak bertepatan dgn Kehendak Allah Swt. Maka nusrah(pertolongan) Allah Swt akan datang.

Dikala itu seluruh org kafir akan berduyun2 memeluk Islam, hudud & segala hukum2 Allah Swt dapat di laksanakan, mahkamah Islam berfungsi, saksi2 yg beriman mudah di cari (skrg jika kita nak laksanakan hudud, apakah kita boleh cari 4 org saksi yg Beriman? Lihat di sekeliling kita ramai org Beriman atau org Fasiq)

Saya teringat tazkirah seorang maulana dr Sri Langka, kata beliau Orang yg Fasiq adalah orang Islam tetapi tidak membawa sifat2 solat dlm kehidupannya. 

Allah Azzawajalla berfirman:- 

"Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu, bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa di bumi,sebagaimana Ia menjadikan orang yang sebelum mereka; dan Ia akan menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka;dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan dari ancaman musuh. Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka.
(An-Nuur:55)

3 PERKARA,  Allah Swt akan beri kepada Org Islam yg Taat kepada Allah Swt & RasulNYA. (orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu)

1. Khalifah yg memegang kuasa di bumi. (Allah Swt nak bagi dunia tapi kita Berebut Malaysia)
2. Allah kuatkan Agama (Gemilangkan Islam, ramai org kafir masuk Islam,hudud dapat buat, mahkamah Islam berfungsi).
3. Allah Swt bagi keamanan. (Takde dah demontrasi tgh2 jalan YANG BERCAMPUR LELAKI & WANITA BUKAN MUHRIM).


Allah Azzawajalla berfirman:- 

"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadap dirimu"
(Al Isra:14)





1 comment: