Sunday, January 2, 2011

Hikmah 3: Nasihat Imam Al-Ghazali tentang pendidikan kanak-kanak

          Kanak-kanak adalah anugerah Allah swt. yang mana diberi kepercayaan kepada ibu-bapa untuk mencorakkan hati kanak-kanak yang masih suci bersih menjadi hati yang sangat bernilai dan berharga.  Oleh itu, seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir lagi.

Cara mendidik kanak-kanak:
  • pelajaran agama
  • tingkah laku yang mulia
  • tidak keterlaluan dalam mendenda kanak-kanak
  • memperelok fitrah serta membentuk naluri mereka
Aktiviti bermain untuk kanak-kanak mengikut pendapat Imam Al-Ghazali
  • membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka.
  • fitrah semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
  • dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.
Nasihat Imam Al-Ghazali kepada guru:
  • mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
  • memperbaiki kesalahan kanak-kanak dengan cara berhemah.
  • Guru tidak boleh menharapkan ganjaran tetapi perlu menjadi role model yang baik untuk kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment