Tuesday, March 29, 2011

Petua Wanita Untuk Mengatasi Stress Di Tempat Kerja by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir


Petua Wanita Untuk Mengatasi Stress Di Tempat Kerja



1. Alirkan stress, jangan simpan di fikiran anda. Jika anda lawan stress, anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan “lawan stress”. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu. Contohnya memasak, menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca buku atau majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat anda berasa stress ketika anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti tersebut.

2.  Stress berpunca dari rasa tertekan sebab anda dilanda masalah. Ia mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan anda tetapi tidak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.

3. Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang sudah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingatkan lagi. Hidup anda majukan ia ke depan, bukan ke belakang. Tidak perlu ingat lagi perkara yang sudah berlalu. Kesilapan yang sudah berlaku tidak perlu diingat selalukan. Jangan ingat dan jangan fikir walau sekejap pun. Maafkan diri anda kerana terbuat kesilapan. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.

4. Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami anda dan memberi semangat pada anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengkritik perbuatan anda. Sebagai contoh, jika anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan anda. Sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar luahan hati anda. Luahkan masala anda kesemuanya, ceritakan padanya semua perkara yang menganggu fikiran anda. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun anda perlu waspada kerana kawan anda meluah tu boleh mengumpat hal anda di belakang anda. Kadang-kadang dia akan mentertawakan anda tanpa anda ketahui. Anda perlu bijak menilai kawan. Biar ada kawan seorang yang memahami anda dengan ikhlas, daripada berkawan seribu tetapi membuat fikiran anda haru-biru.




Top of Form

No comments:

Post a Comment